Mengenai Banci Ekonomi
Banci Ekonomi merupakan penghitungan menyeluruh terhadap semua pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Malaysia.
Dijalankan setiap lima tahun sekali, banci ini berfungsi sebagai instrumen utama negara untuk mengumpul data terperinci mengenai struktur, aktiviti, dan prestasi ekonomi bagi setiap sektor.
Tempoh Operasi Banci Ekonomi 2026
Pengumpulan data dijadualkan bermula pada tahun 2026 melibatkan Tahun Rujukan 2025.
Asas Perundangan
Dilaksanakan di bawah Akta Perangkaan 1965 (Disemak 1989). Seksyen 5 mengkehendaki setiap pertubuhan memberikan maklumat sebenar.
Liputan Sektor
Merangkumi sektor Pertanian, Perlombongan, Pembuatan, Pembinaan, dan Perkhidmatan (kecuali sektor kerajaan).
Tujuan Utama
Menilai pencapaian RMKe-12, mengenal pasti punca pertumbuhan baharu, dan menjana statistik peringkat daerah.
Mengapa Respon Anda Penting?
- Menjana statistik ekonomi baharu negara.
- Mendapatkan penanda aras (benchmark) baharu ekonomi.
- Meningkatkan kapasiti data raya (Big Data) negara.
- Membantu kerajaan dalam penggubalan dasar pembangunan.
- Menyediakan input bagi penyediaan Akaun Negara.
- Menilai keberkesanan rancangan pembangunan nasional.